Entry kali ni just sekadar peringatan atau sharing dari sis yea...mana yang baik sama² kita lakukan dan perbaiki untuk kita sama tambah baik kualiti hidup kita sebagai hamba dan moga memjadi asbab kebaikn...nak bagi kata - kata motivasi terasa diri tidak selayak itu..jom kita sama² berkongsi moga bermanfaat..
Sebelum anak sekolah..sis biasa akan dengar pengisian atau ulasan ustazah Asma harun berkaitan hadith sahih kitab riyahtul sholihin...masyallah tabarakallah...banyak sangattt ulasan hadith kadanng-kadang tu setepek kena kena pada diri sendiri..allahu..sis tidak berniat utk buat ulasan secara khusus pun yea kawan....ghisau ada tersalah hurai pulak..risau plak terpesong nanti..boleh jer sahabat lawati di media sosial page facebook ustazah asma harun seperti link
https://www.facebook.com/ustazahasmaharun/?mibextid=ZbWKwL atau boleh sahaja cari di tiktok...
Biasa selesai uruskan sarapan pagi untuk ensuami dan urusan rumahtangga ni sis akan duduk sekejap di ruangan khas untuk sis sendiri di dalam rumah sahaja..sungguh memang terasa kedamaian di situ.Kebiasaannya anak soleh sis akan bangun lambat sebab dia belum bersekolah sebelum ni..jadi boleh la kita mendengar dan mencatat apa yang ustazah kongsikan atau ulaskan...
Sebelum mula pengisian ustazah atau suaminya akan memulakan dengan
Selawat 10 kali
Zikir rahmah 10 kali
(Sebelum ni ada ustazah buat 100 kali tapi mungkin kekangan masa tu ustazah baca ramai² di live fb dan tiktok sebanyak 10 kali sahaja)
Bacaan zikir nama² allah yang agong - asmaalhusna
Bacaan almathurat
Sambil2 ustazah baca tu ustazah akan sentiasa ulang² fadhilat dan kekuatan rutin2 harian tu..masyallah..gigihkan seorang yang bernama ustazah asma harun ni..masyallah..bukan biasa- biasa ustazah pilihan ramai ini..sentiasa menjadi inspirasi dan idola.untuk.kami mak - mak la yang utamanya...
Sebagai contoh zikir rahmah tu sangat dianjurkan baca sebanyak 100 kali tau..
Meh sini sis share sedikit sebanyak berkaitan hadith yg sahih mengulas zikir ini..sis ambik dari page ustazah asma harun jugak.
Masyallah...fadhilat zikir rahmat ini sungguh luar biasa kan sahabat...ustazah pesan sekiranya 100 kali itu sangat membebankan atau terasa berat permulaan untuk beramala..boleh mulakan 10kali sehari selepas solat subuh atau 20kali selepas solat fardhu..jadi cukup la 100 kali kann..yea sahabat...macam orang putih kata la "struggle is real"..ha ahhh..faham sangat dah tu..its okey ustazah pesan sekiranya rasa terpaksa in sya allah asbab paksa diri itu kita akan menjadikan ia rutin harian kan..in sya allah..baca dan fahamkan jugak maksuh lafaz zikir yang kita ucapkan tersebut moga menyerap.masuk.ke hati..baru mudah nak beramalkan...kita cuba okeh..
Sama la jugak zikir- zikir dan doa - doa yang ada dalam almathurat himpunan dari ayat - ayat dalam alquran dan ada jugak zikir harian daripada amalah harian rasullah untuk kita jadikan ikutan kepada kita umat akhir zaman ini dan "makanan rohani" kita sebagai muslim.Almathurat ini penulisnya ialah imam hassan albanna.Moga setiap siapa yang membacanya akan tercatat pahala yang tidak henti kepada beliau walaupun sudah meninggal..allahukhbar..
Setiap pagi isnin hingga jumaat biasanya ustazah akan buat live di fb dan tiktok..pelbagai perkongsian dan peringatan bukan sahaja ulasan hadith tetapi juga ada berkaitan tasawuf fardhu ain ibadah dan ada jugak pertanyaan direct daripada penonton live..masyallah satu usaha dakwah yang sangat wajar dan bersesuaian dengan zaman era teknologi maklumat tanpa batasan ini..semoga setiap perkongsian ustazah memberi manfaat kepada ummah.
Setiap hari bangun pagi usahakan bangun awal pesan ustazah...sungguh bukan sesuatu yang mudah kerana bukan menjadi kebiasaannya kita...tetapi percayalah sahabat bila kita sudah biasa rutinkan begitu in sya allah ianya akan menjadi mudah.Permulaan itu sangat sukar tetapi bila kita nekad dan niat sungguh pasti bantuan Allah akan bersama kita.Sebenarnya peringatan ini sangat la dituju keoada diri sendiri dan sungguh masih mujahadah untuk istiqomah..in sya allah moga ALLAH jaga hati dan iman kita semua..in sya allah
Ustazah ada kongsikan jugak amalan surah - surah pilihan untuk kita beramal moga menjadi asbab kita naikkan level kita sebagai mukmim yang bertaqwa..in sya allah mudahan...
Setiap hari bermula dengan di awal pagi rutinkan diri dengan surah- surag pilihan seperti :-
Surah yaasin ~ pagi
Surah alkahfi ~ 10 ayat awal dan 10 ayat terakhir dan setiap hari jumaat baca penuh satu surah alkahfi.
Surah ar rahman
Surah waqiah
Surah almulk
Surah sajadah
Kebiasaanya itu lah surah yang menjdi harian ustazah dan anak- anak katanya.
Kadang2 ustazah ada jugak menyelit tadabur surah almulk dan kahfi ketika live difb dan tiktok...kalau kita mengaji ni dan lagi afdhal kita memahami setiap butir kalam Allah ni kann..bahasa mudanhya belajar untuk tadabur...masyallah...
Dibawah tu saje la share diari lebih kepada planner harian mingguan dan bulanan yang cukup lengkap yang dikeluarkan sendiri oleh ustazah asma harun..masyallah...keseluruhan planner ni sangat membantu kita untuk pertingkat mutu dan kualiti hidup kita sebagai muslim.
Cukup sempurna seperti ada planner harian , planner mingguan , ada jadual untuk kita solat waktu dan kita boleh tick untuk kegunaan kita dan sebagai peringatan untuk kita menjadi lebih baik dan terdapat jugak zikir harian , kata² hikmah , dan jadual untuk kita buat simpanan setiap bulan...allahu..
Planner eksklusif 2022 tapi saya masih guna lagi untuk rujukan sehingga sekarang
Contoh surah almulk dan tanda setiap hari selama dia belas bulan
Sebenarnya banyak lagi sumber rujukan untuk kita tambah ilmu bukan hanya daripada ustazah asma harun sahaja tetapi banyak lagi di luar sana yang menyampaikan dakwah secara maya mahupun fizikal.
Mudahan pengakhiran hidup kita dalam husnul khatimah hendakNya..
Jom saya mengajak sahabat² semua dan termasuk diri sendiri utamanya untuk persiapkan diri dan keluarga untuk menghadapi cabaran umat akhir zaman ini.
Semoga kita semua istiqomah dan terus diteguhkan imam walau badai melanda.
Saya tinggalkan sepotong doa agar diri kita keluarga kita daripada fitnah dajjal.
selamat beramal yea sahabat
No comments:
Post a Comment