Monday, August 21, 2023

task 23 - doa yang bagus untuk wanita







Dalam satu hadith Qudsi " Rasullah menyampaikan diolog dari Allah bahawa Allah akan sentiasa mendengar doa daripada hambaNya"

"wahai anak-Adam , selama mana engkau berdoa dan berharap kepadaku Aku akan ampunkan segala dosamu dan Aku tidak peduli" (hadith riwayat al-tirmizi_



Doa adalah senjata utama umat islam. Setiap perbuatan dari bangun tidur sehingga setiap satu pebuatan walau sekecil pun islam sangat memnitikberatkan doa sehingga tidur semula. Doa juga berkait rapat dengan niat.Setiap perbuatan kita semuanya bermula dengan niat.

Untuk entri kali ini sis akan kongsikan 3 doa yang bagus untuk wanita dalam kehidupan harian.Sesetengah orang mengangap doa ini perkara yang remeh dan kecik. 

Yang pertama Doa untuk menyerahkan segala urusan kepada Allah s.t.

Doa ini diambil dari surah Ghaffir ayat 44, apabila leader update tugasan untuk blog berkaitan dengan doa- doa yang bagus untuk wanita ini, terus terlintas dalam fikiran sis untuk kongsi tentang doa yang selalu ustazah asma harun iaitu penceramah yang sangat diminati ramai ini sentiasa ulang dan ulang fadhilat doa ini. Doa ini jugak memberi impak yang besar kepada pengalaman ustazah berhadapan situasi getir ketika beliau mengalami keadaan yang sukar di gambarkan ketika itu di mana beliau sarat mengandung kan anak bongsu beliau dan doktor mengesahkan untuk membuang rahim beliau kerana ada kebocoran.Rahim wanita itu sangat berharga untuk setiap wanita khusunya.Tapi dengan izin Allah asbab beliau yakin dengan mukjizat ayat ghaffir ini yang dikongsi oleh pensyarah beliau ketika belajar dahulu semuanya kembali pulih dan doktor tidak perlu membuang rahimnya.subhanallah. alhamdulilah..tiada yang mustahil jika Allah berkehendak.

Wanita ini sarat dengan emosi kan , ianya bergantung kepada seseorang itu untuk menangani atau mengawalnya dengan baik. Sis suka mendengar olahan atau huraian daripada ustazah asma harun berkaitan maksud yang daru ayat ghaffir ini.Ustazah pesan setiap hari baca ayat ini sebelum kita melakukan apa-apa pekerjaan atau rutin seharian sebagai suri rumah.Mulakan dengan doa dan serah kan segala urusan kita kepada  Allah bulat-bulat kerana Allah Yang Maha Melihat setiap keadaan hambaNya termasuk kesedihan kesukaran kesululitan , rasa tidak tenang dan semua perasaan yang sentiasa bercampur baur.Berikut sis kongsikan potongan ayat surah ghaffir berikut.Semoga saya dan pembaca semua dapat istiqomah membacanya.





Doa kedua pulak sis share doa agar dipermudahkan segala urusan daripada potongan surah al-kahfi ayat ke 10. Doa ini juga sentiasa di ulang-ulang oleh ustazah Asma Harun untuk menyelesaikan segala urusan hariannya sebagai pendakwah , usahawan , sebagai seorang ibu , isteri dan anak.Walau sekelcil keputusan haruslah meletakkan ALLAH sebagai tempat rujukan.Doa ini juga boleh dibaca untuk membuat keputusan yang terbaik dalam apa jua situasi .Baca dan ulang- ulang sebanyak yang mungkin untuk kita diberi ketetapan iman dalam setiap tindakan yang kita putuskan  berlandaskan syariat islam sebaiknya serta meletakkan Allah sebaik-baik memberi ilham.
Dibawah sis sertakan potongan surah al-kahfi ayat 10 untuk sama-sama kita usaha untuk baca setiap hari.







Doa yang terakhir untuk sis kongsi di ruangan ini ialah Doa memohon kebahagaian dunia dan akhirat.Sebagai umat islam kita seboleh dan sebaik mungkin untuk menjadi khalifah dimuka bumi ini  dengan melaukan kebaikan dan meninggalkan segala kemungkaran yang dilaknat Allah..."Amar ma;ruf dan nahi mungkar".Untuk mencapai kebahagian  dunia dan akhirat kita perlulah mempunyai iman yang kuat untuk menghalang daripada terpengaruh daripada perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah.Maka untuk telepas daripada siksaan api neraka hendaklah perlulan meninggalkan perkara atau perbuatan yang berunsurkan maksiat ,menjauhkan diri daripada perbuatan keji, serta memelihara diri daripada segala dosa dan maksiat.

Dibawah sis kongsikan doa memohon kebahgaian dunia dan akhirat.





Semoga perkongsian doa-doa untuk wanita ini dapat kita amlkan secara istiqomah bukan sahaja untuk hawa bahkan untuk kaun adam juga.

"SELAMAT BERAMAL"


WAN ZUNIN WAN MOHD
013 9786717
Agent shaklee seluruh malaysia
















No comments:

Post a Comment

kepentingan vitamin c shaklee

SUSTAINED RELEASED VITAMIN C PLUS SHAKLEE Vitamin C sangat penting untuk keseluruhan perkembangan dan pemulihan sel- sel badan kita.Vitamin ...