Sunday, April 30, 2023

Hari Raya Dengan Shaklee

 Hari Raya Dengan Shaklee

alhamdulilah..pejam pejam celik hari ni dah masuk syawal ke tujuh..allahukhbar cepat dan pantas masa berlalu..moga kita semua ALLAH bagi kesempatan dan ruang lagi untuk berjumpa ramdhan di tahun akan datang..insya allah mudah mudahan.

n ni sambutan lebaran kurang meriah sikit berbanding tahun lepas..sis ada 11 beradik..kisahnya 4 keluarga dari family sis beraya di rumah mertua mengikut giliran katanya.Kita orang dulu pun macam tu jugak  tapi since ayah dan mak mertua dah meninggal jadi 100% kami beraya di terengganu iaitu belah family sis.. sis pun aruah abah dah pergi tapi bonda masih ada untuk kita menyambut secara sederhana dan raikan hari kemenangan kita umat islam  sebaiknya..alhamdulilah tabarakallah.

sis kongsi siket gambar riang ria raya bersama family





syawal pertama : tema black


Seronok dia dapat duit raya  + bouqet bezday sekali dari makcik dia


bersama tokmi bermaaf maafan


cucu tokmi yang balik beraya diterengganu @ geng bergaduh @ geng bergurau @ geng melompat sini sana (uzair syuwari azib)



raya kedua : Tokmi bersama ank-anak dan cucu-cucu



alhamdulilah walau tak ramai tapi masih lagi dapat beraya seadanya


juadah raya pertama :nasi dagang tganu + ketupat + rendang + dendeng + rendang + tapai


Alhamdulilah seadanya..nikmat berkumpul adikberadik saudara mara jiran tetangga moment terindah yang perlu dilakarkan setiap tahun sebab bukan senang nak berkumpul macam tu kan..masing masing dah berkeluarga dan menetap diluar daerah atau luar negeri terengganu jadi sangatlah  jarang berjumpa.


Juadah raya kita umat islam dimalaysia ni masyallah memang luar biasa meriah kan.Kepelbagaian menu + desert + aneka kuih muih + pelbagai jenis air dan perisa..bila  di senaraikan pun dah rasa terliur dah merecap air liur dalam  mulut namun perlu hati-hati sahabat yea..harapannya tarbiyyah bulan ramadhan mampu untuk  kita kawal nafsu makan kita sebaiknya.Peringatan kepada diri sendiri lebih utama sebenarnya..

Tetapi sahabat jangan risau taw dalam shaklee ada produk yang boleh untuk kita kawal berat badan sekaligus nafsu makan supaya tidak menjerat diri sendiri..huhuhu..makan ni memang syok weh tetapi kesan sekiranya makan makanan secara berlebihan itu boleh memudaratkan badan kita.so be carefull yea sahabat.

Antara produk yang boleh membantu kalian maintan di hari raya walaupun makan bermacam-macam juadah hari raya taw.Antaranya kalian boleh ambil omega guard,lechtin,alfafa dan herbalax. Gambar kat bawah sis sertakan dan macamna ia berperanan.






Apapun sahabat ..keadaan cuaca sekarang masyallah luar biasa panas tu sangat lah memerlukan kita untuk menjaga kesihatan sebaik baiknya..boleh jer kita menjamah juadah yang tuan rumah sediakan tu tapi seadanya kan..banyakkan air masak..kalau macam sis sentiasa bawak bekal air masak sebotol yang isipadunya satu liter untuk keluarga kecil kami.Memang sis dah di train dari bujang lagi kemana pergi bawak bekal air masak even pergi ke bandar pun kami akan bawak jer  sebotol air masak..Kurangkan air manis atau air berkarbonat(air dalam tin).allahu..kami anak beranak memang jarang sangat atau rasanya langsung tak minum air bikarbonat ni..kalau teringin sangat minum air 100+ jer tapi sekarang sejak consume produk  dalam shaklee..sis lebih gemar minum performace drink (pd) perisa lime tu..masyallah syoknya minum sejuk.sangat membantu hilangkan haus dan rasa air pd ini pun seperti air 100+ jugak cuma ianya tak bergula dan tidak bergas...lebih sihat dan berkhasiat gituw kan..pilihan itu ditangan kita kan..nak sedap boleh tapi biarlah tidak memudaratkan kesihatan kita.Sungguh kesihatan itu sangat mahal kan tidak akan mampu dibeli dengan wang ringgit.



Musim raya ni kadang sinonim jugak dengan orang sakit demam selsema batuk..kenapa yea agaknya?salah satu faktor mungkin berkait dengan cuaca yang tidak menentu.Lebaran kali ini kita diuji dengan cuaca yang panas melampau dan suhu dijangka meningkat kepada 37 darjah celcius..sungguh terasa bahangnya..allahukhbar..setakat hingga ke hari ini ada dua kes yang melibatkan kematian akibat strok haba.kes yang melibatkan kanak² pulak tu...allahukhbar...nauzubillah..

Sis share serba sedikit gejala strok haba mungkin membantu kalian untuk mengenal pasti atau mencegah sebelum terlewat memberi rawatan.Ahli keluarga terutama ibubapa yang mempunyai anak-anak kecil perlu lebih berhati-hati dan peka dengan keadaan semasa.Golongan seperti warga emas dan yang golongan yang mempunyai penyakit yang berisiko juga perlu berwaspada kerana mereka sangat berisiko untuk terkena strok haba ini.

Gejala strok haba:

- Suhu badan meningkat sehingga 40 darjah celsius atau lebih tinggi lagi
- ️Peluh keluar banyak
- ️Muka berubah merah
- ️Sakit kepala
- ️Mual-mual
- ️Muntah-muntah
- ️Rasa haus yang berlebihan
- ️Air kencing berwarna keruh
- Kekejangan otot pada kaki, lengan atau perut
- ️Jantung berdegup dengan lebih kencang
- ️Ruam merah timbul pada kulit
- ️Pengsan atau tidak sedarkan diri





Semoga Allah subhanallah taala melindungi kita semua daripada perkara yang tidak di ingini berlaku...ya hafiz ya muhaimin...Jaga orang sekeliling dan peka dengan persekitaran semasa agar perkara yang boleh kita elak sebelum merawat dapat dilakukan dengan kadar segera.Sekiranya terlihat keadaan yang luar biasa  anggota fizikal orang sekliling sila bawa ke pusat pemulihan dengan kadar segera atau terus ke klinik yang terdekat...gaya macam pegawai kesihatan memberi amaran.haha.Mencegah lebih baik dari merawat..kata orang putih Prevent better than cure.

Suka Sis nak share..kalian boleh sediakan  vitamin C untuk mempertingkatkan sistem imun badan kalian dan orang terdekat..
Macam sis...memang wajibkan diri telan setiap hari 2 biji vitamin C...tentulah sekali suami dan anak-anak kena telan sekali..hihi..


Vitamin C untuk dewasa

Vitamin c untuk kanak²




Vitamin c untuk kanak-kanak

Sungguh sihat itu mahal kan..ikhtiar dan usaha untuk dapat kesihatan yang baik itu pun dikira satu keperluan sangat dah sekarang.Pilihan itu ditangan kita kan.
Semoga dipermudahkan segala urusan kita semua dunia wa akhirat..

Sekiranya kalian berminat untuk dapatkan vitamin organik tanpa bahan yang berbahaya ini boleh tekan link dibawah

http://www.wasap.my/60139786717vitaminorganik






1 comment:

kepentingan vitamin c shaklee

SUSTAINED RELEASED VITAMIN C PLUS SHAKLEE Vitamin C sangat penting untuk keseluruhan perkembangan dan pemulihan sel- sel badan kita.Vitamin ...