Saturday, September 9, 2023

task 24 - keperluan wanita mengandung



Wanita hamil atau wanita yang mengandung mempunyai pelbagai risiko yang perlu dihindari dan di elakkan bagi menjamin keselamatan ibu dan bayi dalam kandungan.Keperluan wanita mengandung ini perlu dititik beratkan terutama dari awal kehamilan hingga ke ahir semester dan seterusnya melahirkan serta menyusukan bayi.Sokongan orang sekeliling terutama suami sangat memain peranan penting bagi menjamin kestabilan emosi mental dan fizikal seseorang wanita ketika mengandung.Sis akan kongsi keperluan wanita mengandung dari aspek emosi, mental dan fizikal.

Beberapa keperluan wanita mengandung perlu di beri keutamaan selain dari ibu itu sendiri  malah orang sekeliling juga turut menyumbang dalam kestabilannya dari semua aspek emosi mental dan fizikal.
Berikut beberapa kepeluan wanita hamil yang sis ingin berkongsi untuk kalian yang membacanya.


Emosi Semasa Bersalin

Kenal pasti emosi yang mungkin berlaku semasa bersalin nanti. Jika sebarang perasaan yang tidak stabil dapat dikesan, bekerja keras dari sekarang bagaimana cara untuk mengatasinya.

Kenalpasti Tahap Ketakutan
Latihan ini sangat bagus kerana ia dapat membuatkan anda lebih berusaha mencari jalan penyelesaian untuk menghilangkan ketakutan anda. Hilangkan ketakutan dengan melakukan perkara yang menyeronokkan anda. Itu sahaja

Kemahuan atau Kehendak
Latihan ini dapat melatih anda untuk mengenalpasti apa yang benar-benar diperlukan dalam rancangan bersalin (birth plan). Ia memberikan kebebasan memilih dan bukan lagi berserah sepenuhnya pada pilihan doktor.

Proses Bersalin
Semua wanita mahukan proses bersalin yang cepat dan tenang. Hal ini akan membuatkan rasa terpaksa berusaha cari apa yang perlu dilakukan sekarang dan gali lagi ilmu banyak-banyak.

Suplimen yang sesuai

Setiap wanita mengandung perlu mengambil makanan tambahan atau suplimen bagi membantu melengkapi keperluan nutrisi diet wanita mengandung.Sekiranya kekurangan zat- zat yang diperlukan tersebut sangat mempengaruhi perkembangan janin dalam kandungan dan ibu hamil itu sendiri.

Kelengkapan dan persiapan ibu dan bayi 

Segala kelengkapan ibu dan bayi perlu disediakan sebelum bersalin untuk mengelakkan daripada tercicir semasa kelahirannya nanti bahkan untuk ibu-ibu yang sampai masa atau dah masuk semester akhir ,barang keperluan perlu sentiasa ready di dalam kereta.

Senaman dan pemakanan sihat

Setiap wanita hamil perlu memakan makanan yang sihat dan bernutrisi bagi menjamin kesihatan tumbesaran bayi dalam kandungan. Bagi yang mengalami masalah kesihatan atau ada penyakit tertentu ketika hamil perlu rujuk kepada doktor pakar untuk mengelak daripada sebarang komplikasi yang akan berlaku.

Doa dan amalan surah sepanjang kehamilan

Sebagai muslim banyak doa dan amalan yang boleh kita amalkan sebagai pelengkap keperluan rohani kepada ibu dan juga bayi tersebut.Antara doa amalan yang boleh kita amalkan seperti :




alhamdulilah..semoga sedikit perkongsian in membantu para wanita hamil untuk melakukan persedian terutama yang baru pertama memiliki zuriat.



wan zue wan mohd

0139786717

shakleetrtedagent



No comments:

Post a Comment

kepentingan vitamin c shaklee

SUSTAINED RELEASED VITAMIN C PLUS SHAKLEE Vitamin C sangat penting untuk keseluruhan perkembangan dan pemulihan sel- sel badan kita.Vitamin ...