Tuesday, June 27, 2023

Petua Hilangkan Jeragat



 Petua hilangkan jeragat
 

Jeragat (secara perubatan dikenali sebagai open comedo adalah bonggol kuning atau kehitaman atau tersumbat pada kulit. Jeragat adalah sejenis akne vulgaris. Disebalik kepercayaan umum bahawa ia disebabkan oleh keadaan kurang bersih, jeragat sebenarnya disebabkan oleh lebihan minyak yang terkumpul dalam saluran kelenjar sebum. Bahan di dalam bonggol ini kebanyakannya terdiri daripada keratin dan perubahan sebum (lelehan berminyak dari kelenjar sebaceous), yang menjadi hitam ketika ia teroksida. Akar rambut tersumbat, di mana jeragat sering terbentuk, dan memantul cahaya secara tidak sekata yang menghasilkan gemerlapan "kehitaman" jeragat.Sungguhpun begitu, bahan tersumbat tidak semestinya kelihatan hitam apabila dikeluarkan dari liang, tetapi mungkin memiliki warna perang-kekuningan disebabkan kandungan melaninnya.

Disebaliknya, "kepala putih" adalah akar rambut yang dipenuhi dengan bahan yang sama, sebum, tetapi tidak mempunyai bukaan mikroskopik ke permukaan kulit. Oleh kerana udara tidak sampai ke akar rambut, sebum tersebut tidak teroksida, dan kekal putih.


Pelbagai kaedah atau cara untuk menghilangkan masalah jeragat yang timbul di muka .Kebiasaanya jeragat ini muncul sekitar umur memasuki 40 tahun keatas.Keadaan kulit muka yang selalu kering dan kurang penjagaan muka akan menggalakan penghasilan jeragat di bahagian muka.Antara punca jeragat ini terjadi ialah kulit terdedah sinaran matahari dan memberi kesan kekeringan pada bahagian wajah .Selain itu berpunca daripada lebihan minyak , sel- sel kulit mati dan terjadi disebabkan oleh radikal bebas.Elakan memakai make up dalam jangka masa yang panjang.Bersih wajah dua kali sehari dengan pencuci muka yang sesuai dengan jenis kulit wajah kita.


Beikut kaedah yang ingin sis kongsikan kan beberapa petua secara alamai atau semulajadi untuk menghilangkan jeragat di bahagian muka:-


1) Campran alovera dengan madu

Caranya campurkan gel alovera dengan madu.Sapukan pada wajah serta biarkan selama 20 minit dan bilas.Lakukan setiap hari sehingga anda dapat hasil yang di idamkan.

Antara kelebihan alovera ialah :

@ mencerahkan wajah

@Melindungi kulit wajah dari sinaran matahari

@Mengecut dan menhilangkan jeragat

@Mengatasi masalah kulit kering

@Memperbaiki sel-sel kulit mati


2)Caranya ialah potong lemon jangan terlalu nipis dan gosokkan pada kulit muka.Sekiranya kulit muka terda[at kesan calar atau luka akan terasa pedih terkena juice lemon yang di sapu tadi.Biarkan selama 15 minit dan bilas.Boleh juga di campur dengan madu asli.Lemon mengandungi asid nutrix membantu membersihkan kulit dari kotoran dan mampu menhilangkan jeragat sekiranya dilakukan secara berterusan.


3)Teh hijau

Cara menhilangkan jeragat di wajah secara semulajadi ialah dengan merendamkan uncang teh kedalam air panas selama lima minit kemudian angkay teh ucang tersebut dan gosok secara perlahan -lahan ke kawasan yang terjejas dengan jeragat.

Menurut kajian teh hijau mempunyai faedah yang boleh mengurangi pengeluaran minyak dan juga boleh menghalang penyerapan endrogen dalam kulit.


4)Oatmeal

Oatmeal ini bertindak sebagai agen pengelupasan semulajadi untuk menghilangkan sel kulit mati dan kotoran yang terkumpul . Disamping itu , menyerap lebihan minyak pada wajah dan membuka liang pori.

Caranya dengan mencampurkan dua sudu yogurt ,satu sudu jus lemon dan madu serta empat sudu serbuk oat kemudian campur bahan tersebut.Setelah bahan tersebut sebati, bersihkan muka dan lembapkan muka sterusnya jadikan bahan tadi sebagai masker.Seterusnya boleh bilas keesokan pagi selepas bangun dari tidur.


5)Baking sodan dengan air 

Campuran air dan soda bikorbanot bantu untuk mengurangkan bintik-bintik hitam yang menempel di permukaan kulit wajah. Caranya dengan mencampurkan 2 sudu soda bikarbonat dengan air mengikut kada kepekatan yang sesuai dengan bancuhan soda tersebut.Gaul sebati dan jadikan bancuhan tadi seperti pes atau masker kemudian sapu dan urut pada kulit wajah muka.Biarkan selama 10 minit kemudian bersih dengan air sejuk dan bilas sehingga bersih.


6)Diet pemakanan yang sihat

Minyak adalah salah satu punca tebentuknya jeragat dan jerawat.Hadkan pengambilan makanan yang berminyak dan amalkan makan buah - buahan dan sayur - sayuran serta meminum air putih yang banyak juga dapatg membantu tingkatkan tahap kesihatan yang lebih baik.Amalan gaya sihat ini akan menyebabkan kulit kita menjadi sihat.




Kesihatan itu mahal tidak mampu dibeli dengan wang ringgit. Jom sama-sama beringat antara satu sama lain kepentingan mengamalkan gaya hidup dalam rutin harian agar hidup terus harmoni dan aman sejahtera.


wanzuewanmohd

trustedshakleedistributer

kuantan, gambang dan seluruh malayis

0139786717




No comments:

Post a Comment

kepentingan vitamin c shaklee

SUSTAINED RELEASED VITAMIN C PLUS SHAKLEE Vitamin C sangat penting untuk keseluruhan perkembangan dan pemulihan sel- sel badan kita.Vitamin ...