Monday, July 17, 2023

kerja dari rumah

 kerja dari Rumah

Ketika negara mengalami penularan virus covid19 kerja dari rumah (KDR) menjadi kewajipan kepada semua rakyat yang berkerja bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di seluruh negara kerana bimbang penularan penyakit ini menjadi semakin teruk.Berbalik kepada topik yang akan saya kongsikan  di ruangan entry kali ini berkaitan kerja dari rumah berfokus kepada berbisnes atau berniaga secara online.Cukup hanya memerlukan komputer atau telephone pintar dan juga akses internet maka dimana sahaja boleh berniaga.Kos sara hidup yang tinggi juga sangat memerlukan untuk kita melakukan kerja -kerja tambahan untuk menamopung keperluan hidup yang semakin meningkat dari hari ke hari.

Terdapat pelbagai kelebihan atau kebaikan yang kita perolehi daripada kerja dari rumah ini seperti berikut:-

Dapat menguruskan rumahtangga dengan lebih baik dan teratur


Bekerja dari rumah ini sangat membantu  para ibubapa mengurus rumahtangga dengan lebih tenang dan teratur.Bagi yang sudah mendirikan rumahtangga dan mempunyai anak sudah pasti masa yang diperuntukan sangat terhad sekiranya bekerja di luar rumah. 


Waktu yang fleksible





Masa yang fleksible apabila kit bekerja di rumah atau berbisnes sendiri ini sangat membantu kita untuk pelbagai urusan kerana kita yang atur sendiri jadualnya.


Boleh bercuti tanpa memikirkan hal kerja




Bagi yang bekerja di luar atau terikat dengan sesebuah syarikat sudah tentu mempunyai jadual kerja yang telah ditetapkan oleh syarikat tersebut kerajaan atau swasta.Mereka perlu memaklumkan lebih awal sekiranya hendak bercuti dan perlu mengisi borang cuti sebaliknya sekiranya bekerja sendiri atau bekerja di rumah tidak perlu berbuat demikian bebas dan tidak terikat dengan mana-mana syarikat.Sekiranya berlaku perkara diluar jangka atau emergency boleh terus kita bertindak tanpa memikirkan kerja-kerja yang tertangguh di tempat kerja.

Dapat meluangkan masa bersama keluarga


Bekerja di rumah juga dapat meluangkan masa bersama keluarga dengan berkualiti.Jadual masa yang flkesible ini sangat lah memudahkan kita untuk urus kualiti masa bersama keluarga sangat terjaga.Disamping keperluan emosi pasangan dan anak-anak terjaga.





No comments:

Post a Comment

kepentingan vitamin c shaklee

SUSTAINED RELEASED VITAMIN C PLUS SHAKLEE Vitamin C sangat penting untuk keseluruhan perkembangan dan pemulihan sel- sel badan kita.Vitamin ...