Wednesday, July 26, 2023

Tips travel

 

TIPS TRAVEL



Melancong ini merupakan salah satu cara untuk merahatkan minda daripada bebanan  memikirkan kerja yang tiada kesudahan.Setiap orang mempunyai cara yang tersendiri untuk memberi ruang kepada diri sendiri supaya sentiasa “fresh” dan positif dalam menjalani kehidupan harian.Ada yang memilih melancong di dalam negara atau di luar negara.Ianya terpulang kepada pilihan individu mengikut budget yang di tetapkan untuk setiap keputusan memilih tempat pelanconganyang ingin dituju.

Sis akan kongsi beberapa tips yang berguna yang boleh digunakan sebelum pergi melancong dalam atau di luar negara.

 

Merancang percutian

Pastikan rancang perjalanan percutian yang kalian putuskan termasuk:

ü                Pilihan tempat percutian yang ingin dituju

ü                Budget atau persediaan kewangan

ü                Keperluan yang penting seperti passport sah dan valid serta visa sekiranya melancong di luar           negara.

ü             Membuat research atau carian google berkenaan tempat yang ingin di tuju.

Ilmu pengetahuan berkenaan latar belakang sesuatu tempat atau negara yang ingin kita tuju perlu di buat terlebih dahulu  kerana setiap negara berbeza budaya dan juga peraturan yang berbeza mengikut pemerintah yang berautoriti pada negara tersebut.Hai ini dapat mengelak daripada perkara yang tidak dingini berlaku. Bagi memudahkan komunikasi antara penduduk setempat ,kita sangat di galakkan untuk belajar Bahasa yang basic dan keperluan kita semamsa keberadaan di tempat mereka seperti nama , tempat yang ingin dituju,tanda ,  masjid dan sebagainya.

 

Waktu percutian yang sesuai

Kebiasaanya sekiranya tiba musim perayaan atau musim cuti sekolah keadaan jalan raya sangat sesak.Sekiranya ingin bercuti ke tempat tumpuan dalam negari di Malaysia, elakkan daripada pergi pada waktu cuti-cuti tersebut.Hal ini dapat menambahkan tahap keserabutan fikiran atau stress sesetengah orang.


Kurangkan atau elak makan tempa yang mewah atau makan di luar


Untuk mengelakan daripada pembaziran atau over budget elakkan untuk makan tempat yang mahal.Sis sarankan boleh bawa makanan yang mudah dibawa dan tahan lama’


Naik kenderaan awam @ berjalan kaki sebagai alternatif untuk bersiar


Sis cadangkan sekiranya pergi melancong ke luar negara boleh atau biasakan diri untuk menaiki kederaan awam atau berjalan kaki sebagai salah satu alternatif untuk kita dapat mengenali atau mengamati suasana atau budaya sesuatu tempat tersebut atau mengamati keindahan alam di tempat tersebut.Selain itu, tips ini juga dapat menjimatkan duit kita dan  hanya guna untuk tujuan yang penting atau “emergency case”.

 

Ambil peluang melawat tempat tarikan pelancong yang percuma

 



Sesetengah tempat tarikan pelancong dalam negara atau luar negara tu pasti akan ada tempat masuk secara percuma  sahaja tanpa bayaran ,rebut peluang tersebut selain menjimatkan wang kita juga dapat mengenali atau mengetahui sesuatu tempat itu dengan lebih mendalam.


Elak membeli belah terlampau banyak atau over budget


Sebaiknya wang yang kita bawa tersebut boleh digunakan dengan sebaiknya tanpa kita boros berbelanja untuk membeli barang-barang yang tidak perlu tetapi sekiranya beli untuk sekadar kenangan atau membeli ahli keluarga atau kenalan rapat beli yang berpatutan sahaja.





wan zunina wan mohd
0139786717
truted shaklee agent








No comments:

Post a Comment

kepentingan vitamin c shaklee

SUSTAINED RELEASED VITAMIN C PLUS SHAKLEE Vitamin C sangat penting untuk keseluruhan perkembangan dan pemulihan sel- sel badan kita.Vitamin ...